CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, 26 August 2011

kapel bole atau tidak???

hmmm korg mesti tertnya an sebenrnya kapel tu bole ke x an...?????
mari tgk citer kat bwh nie..kita tgk boley ke x kapel ue...


Memang fitrah manusia,lelaki akan tertarik dengan perempuan,begitu juga perempuan akan tertarik ngan lelaki.Tapi dalam islam,perasaan itu perlu di kawal dan ada batasnya.Pergaulan perlu di jaga.ALLAH berfirman dalam SURAH Al-Isra',surah ke 7,
dalam ayat ke 32:

''Dan Janganlah Kamu Mendekati ZINA; Sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perkara yang keji dan suatu jalan yang buruk.


Kalau korg maksd ayt tersebut,sebenarnya ape yang berlaku pda korg ialah ,syaitan telah buat korg pandang indah pada perkara2 ygburuk .Walaupon korg bermata tajam maksud nye berilmu tinggi.Mmng pda mula korn ada niat yang baik tpi ingt syaitan itu ssgt licik.Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dlm kemaksiatan .


Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.
Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau Declaration i love u atau saya cintakan awak. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup.
Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan. Malahan tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini ada yang menggunakan dawah sebagai Lesen Besar mereka untuk bercinta. Yang ikhwah kata akhwat perlukan bantuan saya, yang akhwat pula kata ikhwah perlukan dorongan dari saya.
Tapi betulkah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.
Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.
Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar).Cinta itu mulanya dari mata ,dan turunnya di hati. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.
Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.
Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.
(Surah An-Nur(24) ayat 30)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..
(Surah An-Nur(24) ayat 31)

  1. Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?

Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.




kalo korg x caye agy yg kapel zina hati atau x

mari kita lihat hadith di bawah:-


Rasullualah S.A.W bersabda ,mata bole berzina dgn melihat,mulut bole berzina dgn percakapan...tgn ley berzina dgn berpegangan ,kaki bole berzina dgn berjln ke tmpt2 mksiat dan hati pule berzina dgn mengingati,merindui si dia...




No comments:

Post a Comment